Cerita pasal alladin dengan lampu ajaib ni, aku teringat masa aku kecik2 dulu. Kalau tengok cerita kartunnya, memang leka sungguh. Kalau tak salah aku lampu ajaib ni ada jin di dalamnya bila digosok. Apabila keluar jin ni mintalah apa yang kita suka , insyallah akan dikabulkan.
Tapi syaratnya, hanya boleh minta 3 kali sahaja permintaan tu. Maka kalau nak minta, fikirlah sehabis-habisnya . Pernah dulu ada ceritanya , seorang hamba Allah ni jumpa lampu ajaib ni dan minta yang bukan2 hingga dia menyesal tak sudah apabila kali ketiga dalam permintaannya, dia minta jadi seperti asal , akhirnya dia menjadi asal , tapi dia menangis dan meraung kerana betul2 dia jadi seperti asal dulu2 .Dah nak kena berkhatan semula hehehe
Versi cerita ni yg sebenar tak tahulah datang dari mana. Tapi ia merupakan cerita rakyat yang popular di seluruh dunia
Pak itam pun ada juga jin yang duduk kat dalam teko tu. Dia dijaga oleh 3 ekor binatang . Seekor gebu dan comel dan 2 ekor lagi dayangnya comel kemetot. Pak itam memang tak pernah pun gosok teko tu untuk meminta apa2 . Semalam lepas CL tunjukkan lampu aladdin pak itam yang dipinjam oleh Al Sawfah (tak pulang2 tau hehehe) untuk diletakkan di ruang hotelnya, pak itam pun teringatlah nak gosok teko pak itam tu, karang lama tak gosok , entah2 jin kat dalam tu sakit ke , hidup ke, mati ke
Pak itam memang tak tahu yang ada dalam teko tu jin jantan atau jin betina. Gosok punya gosok akhirnya keluarlah jin tu. Alamak , jin betina rupenya heheheTapi pasal dah beratus tahun tak pernah gosok, maka jin tu pun dah agak tua dan berumur yang keluar
"Takpaleh, tua, pun tualah" bisik pak itam
Ingat, ada hanya 3 permintaan sahaja, lepas tu dah tak boleh lagi
Puas pak itam memikirkan , apa nak minta,karang salah mintak pulak , lain jadinya
"Mintak masakkan yang sedap-sedaplah, lagi pun dah tengahari ni "
Lalu pun pak itam pun berkata ,
"Hai jin , dengan izin Allah, kau masakkan aku kari ketam yang sedap "
"Bisa di atur pak rejeki" kata jin betina itu
"Aiks, ni mesti jin ni asal dari seberang "
rupa2nya jin asal dari santubong, sarawak hehehe jin abg sulong .
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

ketam ni bukan jin yang masak ya,
isteri ku yang masak
hehehe



0 Response to "suatucatatanperjalanan (JIN & TONIK)"
Posting Komentar